Thursday, May 2, 2024

lelah

lelah mencari makna,
biar tidak terluka.

letih mencari erti,
biar tetap terpatri.

penat menjejak definisi,
mentafsir takrifan hati. 

ada detik ketika,
takala, dihujung hela
habis sudah detik masa, 
perlu kita pulangkan semula,
nasib pada takdirnya. 

pada Dia, aku hamba
pada Dia, aku pinta,
pada Dia , aku redha. 



Wednesday, March 20, 2024

tanda tanya

Entah mengapa,
Kau dan aku tidak sama,
Tapi mengapa,
Aku tetap mengukur beza kita,
Masih menguna pembaris yang serupa.

Sakit rebah ini, makin terasa
Ketika engkau tegak kukuh,
Aku jadi manusia kalah,
Mengirai duka dan lelah,
Memujuk hati biar pasrah.

Sudah tertulis aturan kita,
Mungkin sama tapi tak setara,
Akan terus ku pujuk hati,
Biar tidak gundah lagi. 


p/s: Нгери Нипах

Monday, February 19, 2024

Hari tua

Hari ini tiada beza,
Seperti kelmarin ,
aku masih aku.
Keliru.
Lemas dalam langkah sendiri
Gelora yamg memenuhi rongga.

Hari ini,
Tetap sama.
Malam aku masih sepi,
Tetap sendiri.

Hari ini,
Serupa.
Aku tetap berusaha
Mengubat duka
Membalut lara.

Hari ini, 
Tanda hari tua,
Dah aku masih terperangkap dalam infiniti masa,
Menjeruk rasa.

Hari ini,
Walau tiada beza,
Tetap sama.
Masih serupa.
Tapi aku tetap cuba,
Menjadi tua seusia seketika,
Biar tidak dipinggir masa.

Untuk kamu,
Ku pesan tinta.
Selamat hari tua,
Semoga terus dewasa.

Tuesday, December 12, 2023

karya pincang

Melodi hati,
menyusun bicara pasti,
menuntut janji.

Irama jiwa,
mencari penawar duka,
biar tiada lagi tangisan sukma.

Rentak nada,
mengungkit firasat,
ikrar keramat.

hujung tangan beruas,
menari sumbang diatas kekunci,
melahir kata, tanpa rasa
menrangkap kalimat tanpa niat.
melanggar adat.


АюАщраф

Monday, December 11, 2023

serabut serat semalam

aku dan malam,
akrab dan rapat.

aku dan kelam,
tumpat dan padat.

aku dan gelita,
suram dan walang.

andai ada yang mengerti,
sudi. 
jika ada yang mafhum,
faham.
misal ada yang menangkap,
lara. 

aku jadi ringgan,
bebas dari serat ingatan,
laju, membebas selirat fikiran,
merdeka, dari tuntutan semalam.

hitam lazuardi jadi sakti,
keramat kata hati,
biar tidak ada sedu,
biar tidak ada pilu. 




Friday, December 8, 2023

hari duka

hari duka,
menguris deria.

memberi satu tanda,
semalam yang berlalu,
seperti tiada erti,
kau seperti pujangga tanpa puisi,
hanyut dalam gelora malam,
lemas dalam nafas sendiri,
bingit jadi bisu,
kata jadi tuli,
aku, jadi sepi.

tulah kelmarin,
ternyata membunuh hari ini. 

Thursday, December 7, 2023

terang dan nyata

walau sudah aku kira,
masih sakit terasa,

walau sudah aku hitung,
tetap terhiris  luka.

andai ini aturannya,
aku redha.

andai ini suratannya,
aku rela.

seteguh karang awanis,
jadi idaman.
istiqomah azwan,
jadi panduan.
sekuat mek nah,
membelah gelombang.

aku pinjam jiwa mereka,
untuk terus mara,
kerana esok masih ada.

kesat tangismu,
padam kesalmu,
terus melangkah, 
melakar impian
kerna angan itu bukan mimpi,
tapi pasti.  

seperti namamu,
cahaya kejayaan itu terang dan nyata.
jangan pernah kau lupa.