Friday, April 22, 2016

Sudut tidak sama

Kadang kala, hangat mentari itu dingin buat mereka, kerana kutub kita berbeza, selera kita tidak serupa...
Tapi Bayu pantai yang melekit asin , tetap setia menyapa pencinta alam yang rindukan tuhan, 
Pencari kebenaran dalam kusut simpulan benang rasa, biar terungkai semua, biar tidak lagi rahsia.

Monday, April 4, 2016

Calit2 biar terpalit,
Sudah terpalit,biar terselit.


Sunday, April 3, 2016

23/3

ingin aku jadi angin yg bisa menyapamu.. ingin aku jadi rembulan yg jadi santapanmu... ingin aku jadi mentari yg menyinarmu... namum aku adalh aku.. hamba yg jasadnya dari debu.. hamba yg jiwanya satu..

23/3/2010

Terus menghuni kamar rahsia perindu,
Terus mencari sinar, di balik kelam kelabu.
Terus mengali harapan dari semalam,
Terus... Terus... Jangan pernah putus.

23/3/2017
Sudut positifnya, semakin aku celaru, semakin laju aku meluru. 
Andai memang tersurat, jalan ini bukan milikku, biarlah waktu jadi saksi, aku rela dihakimi.
Sudut positifnya, semakin aku celaru, semakin laju aku meluru. 
Andai memang tersurat, jalan ini bukan milikku, biarlah waktu jadi saksi, aku rela dihakimi.

Saturday, April 2, 2016

Janji ombak

Gelora itu,
membawa seribu satu tanda,
Mengirim seribu satu cerita,
Kunci buat seribu gelung memori,
Pintu buat seribu keping mimpi.

Terus dikau,
Tanpa jemu,
Mengucup pantai itu.

Tetap dikau,
Setia di muara,
Menanti kasih, bersatu jua.

Tenang kau disitu,
Walau dalam gelora,
Gelungan cinta,
Memberi pesona.

Dan aku,
Setia disini,
Moga, satu detik nanti.
Kau kan jadi saksi.
Aku mematri janji.

Sekali lagi aku titip pesan,
Jangan pernah engkau bosan,
Esok aku akan kembali.
Menunai janji.