Friday, December 6, 2013

Bumi merah.

Bumi merah.

Tanah ini merah,
Menangis darah.

Tiap tiap sudut penjuru,
Terpalit keringat mereka,
Para syahid dah syahidah yg menanti syurga,

Biar tiada secalit luka pada aku,
Tapi terasa bagai ditusuk,
ditusuk sembilu,
Kerana engkau saudaraku.

Innama mukminun na ikhwati,
Itu janji ku,
Bukan sekadar kalimah,
Tapi  ikrar yg menjarah,
Menghuni salur nadi.
jadi saksi.

Air mata jadi merah,
Air mata jadi darah,
sudah kering kelenjarnya
Menangis hiba,
Merayu,
Berdoa.

Biar semua,
Mereka yg katanya saudara,
Mereka yg katanya satu agama,
Mengangkat tangan,
Berdoa,
unutk Syria,
unutk gaza,
unutk rohingya
unutk semua.

Saudaraku
Mungkin kau jauh beribu batu,
Tp sekali kau tujukan doamu
Poooppp!!!!
Senjatanya ampuh
Membunuh ribuan musuh,
Bukan jasad mereka, tapi jiwa.
Biar memburuk, melumat, Melemah kerna dosanya,
Kerana mereka berani menjentik
Saudara kita.

Penantian mereka sudah lama,
Namun tidak pernah secumit 
hilang rasa yakin
pada DIA,
kerna tanah ini, tanah kita,
Yg benar tetap ad nilainya,

Biar…biar ada yg buta,
Tp jgn kita,
Jgan kita
Kerana syahadah kita sama.

bayu

Monday, November 11, 2013

esok masih ada

bening-bening bintang berkaca,
jadi jendela,
menusuk jauh ke hati,
mengikat kuat memori.

aku hanya manusia emosi,
kadang kadang terjalar,
bila penat tersungkur.
ada kala tumpas,
aku jadi tewas.

pernah aku teriak,
biar tidak lagi rahsia,
namun semua orang bisu,kaku.
seperti bahasa asing yg aku guna.
tapi aku terus berbicara,
dengan harapan,
esok masih ada...


bayu

Friday, November 8, 2013

Kunci emosi

Masihkah engkau berkabung?
Menyelubung.
Meninggallan misteri tanpa kunci,
Memerangkap gua emosi.

Wednesday, October 30, 2013

Pagi

Bila ku buka mata,
Ku lihat kau tiada,
Pagi ini lilang serinya,
Hambar.
Tawar.


Tuesday, October 22, 2013

Biarlah air mata ini sendiri,
Biar ia menyapu pergi segala sepi.

Biarlah air mata in sendiri,
Biar ia bekukan hati.

Air mata ini,
Bukan air semata,
Tapi saksi,
Saksi setiap rasa hati,
Saksi setiap duka ini,
Saksi setia,
Peneman rasa.

Tuesday, October 15, 2013

Kita abadi...

Entah mengapa, 
Semakin hari,
Rasa ini seperti mencekik saluran nyawa,
Menguji setiap zarah kesabaran yg ada.

Entah mengapa,
Aku bingung sendiri,
Mencari akar,
Mana silapnya.

Entah mengapa,
Lapisan pedingdingku seperti semakin menipis,
Setiap tingkahnya mencarit luka,
Meninggal duka,
Meninggal lara.

Entah mengapa,
Rasa ini yg aku kandung,
Memberi beban pada hati,
Memberi calar pada rasa,

Dan aku hanya mampu,
Berdoa,
Berdoa semoga dia lebih mengerti,
Berdoa semoga aku terus memahami,
Berdoa semoga kami sentiasa abadi.

~untukmu yg kuanggap sahabat~

Sunday, October 6, 2013

Biar

Biar air mata itu mengalir, membasuh segal dukaa.
Biar luka itu berdarah, biar keluar semua bisa.
Biar mereka melatah,
Biar hatiju gundah.
Biar ,
Biar saja,

Wednesday, October 2, 2013

Dekad itu

Sedekad sudah,
Engkau pergi bersama separuh jiwa ini.

Dekad itu,
Aku lihat tangisan ibu.

Dekad itu,
Seperti hilang tawaku.

Dekad itu.
Aku jadi manusia baru,
Berjiwa waja,
Berhati kersani,
Mengira langgkah 
Menghuni dekad ini.

Al Fatihah
2/10/03-2/10/13


Tuesday, October 1, 2013

Kelmarin menolak hari ini

Kelmarin memangil- mangil,
Menyuap manis kenangan,
Walau tergaul debu dosa.

Kelmarin masih memangil,
Menyuntik jiwa munafik,
Mengungkit janji jahilyah.

Kelmarin memanggil lagi,
Menguji hari ini,

Sunday, September 29, 2013

Berderai..

Apa lagi yg harus aku laku,
Gelisah masih membalutiku,
Resah masih mengekori,
Gundah terus terikat dekat.


Sunday, September 15, 2013

Lemas.
Rimas.

Thursday, September 12, 2013

peria

pahitnya peria ,
ditumis,
digoreng
sedap juga.

pahitnya rasa,
disimpan,
dikenang,
terluka akhirnya

bayu

Thursday, July 25, 2013

keliru aku dengan apa yg terjadi,
buln purnama seperti tiada seri,
bingung aku...
bingung semdiri.

aku sedar,
aku tahu,
aku megerti,
semua ini danau buatku,
perlu aku tuba hitam airnya,
agar dapat merasa tanah dasar.

bayu

Tuesday, May 14, 2013

dia lelaki

Dia lelaki,
Mimpi hati,
Menghuni lena,
Igauan jaga.

Tiada siapa yg mengerti, getaran hati.
Kecuali Dia  sang pencipta cinta,

Kelihatan remang suria memancar, hangat.
Zahirnya dingin bayu menyelimuti,
Dalam ke tulang hitam.

Seberat mana kau memandang.
Beban lagi hati ini meyandang.

Dalam diam,
Aku cuba mengkikis
Sisa dendam,
Membasuh titik noda di qalbu dengan kyusuk taubat.
Meluntur segala calit dengan doa keramat.
Menyerah semua kepada Dia-pemilik cinta.
Semoga diterima


 bayu

Monday, April 1, 2013

tiad kekuatan yg berbaki,
semuanya sudah kering dihirup bdai hati,
terapung dalam kontang,
menarik basah benang ketepian.

aku jadi bosan dgn diri sendiri,
menngapa likaran ini terus berpusing,
seribu alasan aku tayng,
naum akhirnya tetap ada,
tiada putus katanya.

sesekali aku seperti majnu yg kebingunan,
mabuk dgn dunia,
leka dgn cinta fana,
sehingga terleka,
ada ibu dalam tanah,
ada permata dala cengkerang,
yg tinggal hanya usaha
mengungkil segala
bayu

Thursday, March 21, 2013

mimpi lagi

jatuh cinta kau pada dia,
jejaka bayangan mimpu,
yang dari dulu menghuni istana fantasi,
kadang kala dia jadi tabib hati
merawat luka qalbu,
ada ketika dialah pereka cipta,
meranggka astana cinta,
lalu dia bertukar menjadi jutera gagah,
menukar ranggka jadi nyata.
begitu seklai sempurnanya
jejaka bayangan mimpiku.bayu

Tuesday, February 12, 2013

malam

diselimut malam,
kelam!
namun terang disuluh bintang.

walau dicucuk bayu keras,
ku luah segala yg terperam,
masam dari semalam.
dari mula melanggkah,
rasa yg membuak mula meluak,
beban yg terikat ringgan terurai.

dengan sisa yg berbaki,
aku susun rasa hati,
sudah terpatri ikrar antara dua jiwa,
mungkinkah ada yg terasa,
mengerti bicara.

bayu

Monday, January 21, 2013

merawat hati

Mengapa perlu diketuk kotak memori,
Jika hanya akan menguris hati,
Biarlah ia ditelan bumi.
Aku mengerti.

Tak sanggup aku menahan rasa,
Melihat air mata yg engkau lupa,
Walau tak dapat aku ubat,
Biarlah hati mu aku rawat.

bayu

Saturday, January 5, 2013

dengup jantung aku laju
cuba menrungkai teka silang hati
yg jadi hantu,
mengekori kalbu.

bayu

Friday, January 4, 2013

air berkecai

catatan jejaka bayangan mimpi,
masih segar disini,
lelaki yg aku cipta pada angan
takkan pernah mengetuk pintu realiti,
takkan pernah meyambut hati.

biar gugur berkecai,
seperti air dihempas  ke batu,
sesudah bererai..hilang mencair
tiada jejak dibumi

yang ada hanya memori,
yang hanya aku yg mengerti.

bayu

penat

sekian lama aku menyepi,
ilhamku kian menghaus,
yg tinggal hanya kata kata tanpa makna.

jika diminta memberi cerita dengan satu kata,
penat jadi cabutan
penat bermain dgn kata,
berjudi dgn rasa

aku penat menjadi penanti,
pelakon tambahan dalam filem yg aku tulis sendiri,

aku penant jadi perindu,
menanti dan menuggu
blan masih jua bergantung tanpa tali
aku pungguk masih di bumi.

tiadakah akhirnya,
persoalan yg membunuh jiwa,
secebis,
sehelia
sejuring
dikais, disampah
hingga tiada rupa.
jasad tiada jiwa

bayu