Saturday, January 30, 2016

Sulaman ikrar.

Janji pada diri,
Janji pada hati,
Janji yg tidak ingin ku murkai. 

Biar terang bintang malam ini jadi saksi,
Biar kelam langit malam ini jadi pemerhati,
Biar unggas malam ini jadi bukti. 

Astarfirullahalazim...
Allazilaaailahaillah, huwalhayyumqayyum..
Waatubuillaih.

Astarfirullahalazim...
Allazilaaailahaillah, huwalhayyumqayyum..
Waatubuillaih.

Astarfirullahalazim...
Allazilaaailahaillah, huwalhayyumqayyum..
Waatubuillaih.

Terimalah pinta dan rayu, 
Walau tidak ada bicara, 
Ku tahu kau mengerti apa yg aku rasa,
Setiap bisikan yg mengukir kata,
Kerna hati ini milikmu jua.

Beri aku peluang,
Beri aku ruang,
Agar bisa aku pegang, segala yg aku cuba untuk gengam.
Benih yg aku tanam.

Tolong tuhan... Beri aku peluang bersulam kekuatan.

Saturday, January 23, 2016

Sekali ingin.

Aku ingin sekali, mengukir kata cinta... Biar bahagia.

Aku ingij sekali, mengembur kata hati... Biar subur melata.

Aku ingin sekali, menempik rasa rindu... Biar tahu semua.

Aku ingin sekali, membuka sekam di dada...
Biar lepas belaka.

Aku ingin sekali.
Sekali cuma,
Cukup biar terasa.

Thursday, January 14, 2016

Cukup.

Hujan malam, terus kelam,
Dalam hati ku berbalam.

Puas ku tilik, 
Puas aku korek,
Masih tidak ku mengerti,
Apa mahu diri,
Apa kata hati.

Seperti ada dua jiwa,
Yang sedang memberontak,
Mencari jalan keluar,
Bebas dari diri, yang jadi penjara hati.

Ingin aku padam semua lukisan topeng,
Biar terpanpar hanya, wajah bertaring.
Ingin aku pamer semua yang aku rasa,
Biar, terpias pada semua.
Ingin aku beri peluang, biar mereka mengerti, dan aku tidak berperang sendiri.

Tapi itu hanya inginku,
Gelora yang hanya aku tahu,
Untuk kamu, cukup dengan senyum taringku.
Cukup dengan senyum mata kuyu.
Cukup itu.


Tuesday, January 12, 2016

Surat

Ku utus bicara ini untukmu, jejaka bayangan mimpiku. Pelengkap impian, pemilik hati ini. Walau di mna kau berapa, ku harap kau bahagia, kupinta kita bertemu jua, ku harap akan bersati cinta ini. Agar tidak lagi membuta tanpa arah, tidak lagi terbang tanpa tuju 

Rindu

Aku catit kata rindu
Kata hati aku

Memang bicara ini seperti basi
Apa aku tiada kerja hanya membasir masa mengulang kata cinta pada engkau yg x sedia
Toi selagi tiada hitam putih 
Selagi itu aku mangasih.

Ya Allah jika benar dia untukku. Kau hukakanlah hatihya. Jika tiada jodoh kami kaunpadam namanya dalam hatiku. Agar aku biasa jadi seperti dulu.

Padam biar tidak ada kesan
Padam buar terus tenggelam
Padam biar aku tenang.

Tapi... Detik ini
Aku rindu
Rindu pada esok