aku diusik semalam.
hari ini,
aku disentuh kenangan.
entah mengapa,
batin ini,
terus mengorek ingatan,
seperti Jebat yang derhaka,
mungkin kerana dia,
Tuah yang setia.
maafkanlah,
setiap detik rasa,
biar semalam terus cundang,
kalah dengan takdir,
yang menyusun perjalanan.
jagakan detikkan hati,
biar tidak curang pada realiti,
lemas dalam kisah kelmarin,
memenuhi rongga tenggorok,
tanpa ada ruang,
tanpa peluang.
cukup.
tamatkan hingga disini,
jangan dijentik lagi.
bayu