Thursday, September 21, 2023

Khilaf naluri

Menyimpam mimpi semalam, 
Semoga terus mekar segar, 
Seperti embum pagi,
Dingin, menyentuh hati.

Sendiri mengenang jiwa.

Aku mengubat luka,
Biar tidak sendiri,
Tidak sepi.

Dalam mengejar mimpi ,
Aku tersesat dalam perjalanan,
Terleka dengan tuhan,
Tu’lah menanti kekhilafan.

Aku manusia yang kenal tuhan,
Tapi masih bersandar pada hati,
Jadi hamba yang berhaka,
Mengikut naluri. 

Maafkan aku,
Kerana menjadi manusia pendosa,
Semoga masih mampu,
Kembali kepada fitrah,
Untuk aku berserah.

АюАщраф

Sunday, September 17, 2023

mata

melihat dunia dari mata,
membuat aku lebih tertanya-tanya,
mengapa. 

melihat dunia dari kisah kelmarin,
membuat aku lebih mengira-ngira,
semalam.

melihat dunia dari kaca fatamorgana,
membuat aku lebih mengayam-ngayam,
impian.

lantas membentuk, 
satu jalan ,
payah untuk aku susuri.

terus membentuk,
satu landasan,
perih untuk aku lewati.

lansung menjadi,
satu tembok,
tinggi untuk aku daki.

aku jadi penat sendiri,
jerih, letih. 
tiada lagi kekuatan pada daya akal,
tiada lagi sasa pada jisim jasad,
terkapai,
seperti tiada nadi,
umpama tiada erti.