gersik...
sayu..
laungan takbir suci..menjentik kalbu
aku jadi perindu
menyimpan berjuta rasa sendiri
kerna berkorban itu perlu
untuk aku.
relakah aku...jadi pemusafir yg jaga?
menyempurnakan segala yg perlu,
tanpa paksa
mampukah aku..jadi pemusafir yg satu?
sujud hanya pada kiblatNya..
mati hanya dalam deru namaNya
aku tahu..insan kerdil itu..aku
aku mengerti..kata hina itu..untukku
aku sedar...aku hanya perindu
menanti perjalanan ini menemui perlabuhan abadi..
berlayar aku ...jadi pengemudi
dalam merentas lautan duniawi,
ingin aku seteguh Amar,
menyaksi syahidnya Summayah
demi Akidah.
sesetia As-Sidddiq ,
menahan peritnya bisa,
demi kekasihNya.
sezuhud Az-Zahara ,
menjadi srikandi ummat,
hanya kerana Ya Rabb.
seabdi Rabiatul Adawiyah,
cintanya hanya pada Yang Esa,
sehingga dijanji syurga
dermaga itu jadi saksi....
layakkah aku?
Perhentian terakhir itu penentu...
Jalanku.
Untuk itu..aku terus
Jadi nakhoda...bantera ini
Dengan bekalan kalamNya
Dengan suluhan sunnahnya
Semoga aku mampu....
fae-ar_razi
No comments:
Post a Comment