Tuesday, June 26, 2012

setiap kali aku menyusun kata,
sentiasa disaluti rasa,
kerna aku kira, emosi ini yg membalun kotak ilhamku,
mengarah neuron jejamri menaridi atas papan kekunci.

aku cuba,
cuba berbahasa supaya ada yg trasa,
namun tiada yg mngerti,
kerana sumbang kata,
atau labuh hijab yg dihulur?

bercampur baur,
kelat, manis senyumku
gersik,nyaring tawa,
menjadi topng bicara,

aku tidak mengerti...
apa yg diri ini mimpikan,
kadang-kala merengas lidah ingin bercereka,
alter ego pula egoism ,sentiasa jadi juara.
inilah rupa manusia.

buat kamu diluar sana,
mengerikan akan bicara?
ini aku atau dia?
mungkin juga mereka.

bayu

No comments:

Post a Comment