Friday, November 18, 2016

Detik tanpa tanda

Sudah tiba detik itu,
Untuk ku padam terus kisah lalu,
Biar ilham jadi pincang,
Biar puisi jadi sumbang,
Biar kenangan jadi jadam.

Sudah tiba detik itu,
Untuk Aku mencari yang baru,
Sudah tersurat, Sudah berikat,
Tiada lagi ruang untuk Aku undur,
Sudah tersimpul setiap jalan,
Yang tinggal hanya ketentuan.

Andai tertulis lagi kisah kita, 
Aku berserah pada yg esa.
Buat detik ini, Aku pasti.
Dengan Denai yg akan Aku harungi.

Kau Aku kubur tanpa tanda,
Tanpa tinta.

Saturday, September 17, 2016

Duhai purnama... Masihkah kau setia disana? Maafkan aku melupakanmu takala lemas dalam ruang masa.

21/4/16
Aku cuba bersatu dgn Alam,
Memuji tuhan.
Ter nyata Aku kecundang 
Curang.

Ternyata Aku leka,
Aku tahu

Ternyata Aku berdusta 
Aku sedar.

Tetapi Aku hanya ad pengetahuan
Tidak kekuatan 
Tidak keinginan 
Lalu, walau sepoi bayu itu... Jauh dia membawa ku pergi..
Hanyut dalam mimpi sendiri

Monday, September 5, 2016

benak ak kusut..memikirkan sesuatu yg aku tak pasti.. merintih.. aku menagis meratapi diri yg sesat dalm garisan infiniti  yg diselabuti kabus rasa  yang menyelimuti sanubari yd sepi

Saturday, September 3, 2016

Wednesday, August 31, 2016

biar berdebu papan kekunci itu,
biar bicara terus bisu,
biar angin  keras berlalu,
biar...
biar saja semua..
lebih baik kau kunci bicara,
sebelum jebat lahir semula.

10/4/13
----

Derhaka jebat kerana kasih,
Derhaka jebat kerana cinta,
Derhaka aku kerana alpa...

Tuesday, August 30, 2016

Duhai purnama... Masihkah kau setia disana? Maafkan aku melupakanmu takala lemas dalam ruang masa.

21/4/16
Kadang kala, hangat mentari itu dingin buat mereka, kerana kutub kita berbeza, selera kita tidak serupa...
Tapi Bayu pantai yang melekit asin , tetap setia menyapa pencinta alam yang rindukan tuhan, 
Pencari kebenaran dalam kusut simpulan benang rasa, biar terungkai semua, biar tidak lagi rahsia.

22/4/16
Kita bertemu itu Jodoh, 
Tapi yg mengekalkan hubungan ini adalah Takdir. 
Di gembur pula dengan Doa,
Diikat mati  tawakalnya,
Lantas harum merentas buana.

"Sebab Aku Xde life klu Xde ko"

15/5/16
Kita bertemu itu Jodoh, 
Tapi yg mengekalkan hubungan ini adalah Takdir. 
Di gembur pula dengan Doa,
Diikat mati  tawakalnya,
Lantas harum merentas buana.

"Sebab Aku Xde life klu Xde ko"

15/5/16
there are a lots of good thing, happen around us... but sometimes we just forgot....
to take a silent moment a listen to it,
to take a deep breath and feel it,
to close our eye and see it,
to became our self because we earn it.
buntu membusut...mengarang ilham biar jadi lagu semersik nyanyian ketitir 

13/6
Beribu kilauan menjadi hijab, takala Aku memilih mimpi, walau terang sinar pemata, hatiku terikat dengan serpihan kaca...walau tajam ber duri, tetap ku simpan di kamar hati....

30/6/16

aku dan malam.

malam itu fitrahnya sepi,
sesekali bintang menari-nari,
sebelum purnama mencuri seri.

malam itu fitrahnya sepi,
memberi ilham buat pujangga bermain kata,
membuka ruang sang abid menjadi hamba.

malam itu fitrahnya sepi,
yang ada hanya gersik cengkerik mencari bini,
yang ada hanya pungguk yang setia menanti,
yang ada hanya aku,
sendiri.

malam itu fitrahnya sepi,
malam itu fitrahnya sunyi,

20/7/13
Kamar sepi bersegi,
Dinding tebal  membisu,
Siul angin dikepit rekah pintu,
Bilah kipas yang berirama syadu,
Menjadi teman buat mengira detik yg berlalu ,
Sambil mengirai  kenangan agar tidak menjadi impian,
Meninggal kelmarin untuk hari ini,
Meninggal mimpi buat realiti,
Agar tidak lagi Aku menanti.

30/7/16

Misteri sekali, hati ber bicara .
Walau membisik kata cinta,
Tetap disulam derita.

Misteri sekali, hati berkata-kata.
Sekejab ia,
Sedetik tiada. 

Pantas sekali , dia bermain dengan mimpi. 
Melakar kanvas warna episod duka,
Suram... Dibilas air mata.

Terasa seperti baru kelmarin kita Berbicara,
Berkongsi hari esok yg penuh warna.
Tetapi sayang, 
Paletnya kontang.
Yang Ada hanya berus usang... Gigih menongkak semalam.

Ps; buat teman yg Aku sayang, serah dirimu pada Tuhan. Kelak tiada lagi jadam.

7/8/16
Melihat langit malam ini, membuat Aku teringat kembali untuk terus ber mimpi... Terima kasih malam untuk ilham

Bulatan hidup

dalam bulatan aku berlari...
berlari mengejar bayang sendiri.

dalam bulatan aku menanti,
menanti mentari kan muncul lagi.

dalam bulatan aku menyanyi,
menyanyi lagu puisi.

bulatan yang tiada segi,
tidak tajam, mencengkam.
tapi halus menghiris.

bulatan yang punya simitri infiniti,
merahsiakan terus rasa hati,
memerangkap mengunci,
tiada ruang lolos untuk aku,
kerna garisnya sempurna.

aku masih dalam relung.
menungu penuh sabar,
biar dimakan anai-anai,
atau disalai mentari,
aku rela.

andai pergi aku dari sangkar ini,
biar terus bebas terbang tinggi.

29/8/12

Dua manusia


Manusia itu dua.
Ada jiwa,
Ada jasad.

Manusia itu dua.
Ada baik,
Ada jahat.

Manusia itu dua.
Ada yg menangis dalam tawa,
Ada yg bahagia dgn air mata.

Manusia itu dua.
Dari dua jadi satu,
Dari satu berpisah dua.

Manusia itu dua.

30/08/13

Tuesday, June 21, 2016

Mengapa menulis di Saat kau berduka ?
Sedang kan beribu lagi rasa Ada,

Monday, June 13, 2016

Maaf kan Aku, melupakan janji.
Walau hanya engkau yg setia,
Menanti hadir ku.
Mencorak tinta bisu. 

Mereka memang tidak pernah mengerti,
Tiap bisikan hati,
Tiap rasukan yg memberi warna,
Yang membuat jiwa Aku jadi gelora. 

Masakan diri sendiri tidak mengerti,
Gelodak ini.

Saturday, May 21, 2016

Malam ini sepatutnya Purnama, 
Tapi dia segan dgn alam,
 
Yg menemaniku hanya gerimis manja,
Membelai tanah gersang kemarau.

Monday, May 16, 2016

Rakan pernah jemu
Ombak Dan pantai takkan pernah berpisah,
Setia bercumbu,
Ber zikir pada alam,
Dgn irama tenang.

Friday, April 22, 2016

Sudut tidak sama

Kadang kala, hangat mentari itu dingin buat mereka, kerana kutub kita berbeza, selera kita tidak serupa...
Tapi Bayu pantai yang melekit asin , tetap setia menyapa pencinta alam yang rindukan tuhan, 
Pencari kebenaran dalam kusut simpulan benang rasa, biar terungkai semua, biar tidak lagi rahsia.

Monday, April 4, 2016

Calit2 biar terpalit,
Sudah terpalit,biar terselit.


Sunday, April 3, 2016

23/3

ingin aku jadi angin yg bisa menyapamu.. ingin aku jadi rembulan yg jadi santapanmu... ingin aku jadi mentari yg menyinarmu... namum aku adalh aku.. hamba yg jasadnya dari debu.. hamba yg jiwanya satu..

23/3/2010

Terus menghuni kamar rahsia perindu,
Terus mencari sinar, di balik kelam kelabu.
Terus mengali harapan dari semalam,
Terus... Terus... Jangan pernah putus.

23/3/2017
Sudut positifnya, semakin aku celaru, semakin laju aku meluru. 
Andai memang tersurat, jalan ini bukan milikku, biarlah waktu jadi saksi, aku rela dihakimi.
Sudut positifnya, semakin aku celaru, semakin laju aku meluru. 
Andai memang tersurat, jalan ini bukan milikku, biarlah waktu jadi saksi, aku rela dihakimi.

Saturday, April 2, 2016

Janji ombak

Gelora itu,
membawa seribu satu tanda,
Mengirim seribu satu cerita,
Kunci buat seribu gelung memori,
Pintu buat seribu keping mimpi.

Terus dikau,
Tanpa jemu,
Mengucup pantai itu.

Tetap dikau,
Setia di muara,
Menanti kasih, bersatu jua.

Tenang kau disitu,
Walau dalam gelora,
Gelungan cinta,
Memberi pesona.

Dan aku,
Setia disini,
Moga, satu detik nanti.
Kau kan jadi saksi.
Aku mematri janji.

Sekali lagi aku titip pesan,
Jangan pernah engkau bosan,
Esok aku akan kembali.
Menunai janji.

Sunday, March 20, 2016

Sendiri mengungis sepi,
Menlakar rasa, dengan kata.

Dunia diam tanpa bicara,
Bayu seperti tak selesa, didakap haba.
Lantas dia membisu, berlalu.

Dari sudut cermin, 
Imbasan memantul,
Setiap getaran hati,
Buat jadi simfoni,

Andai sumbang,
Tak aku peduli,
Kerna ini irama hati,
Yg disulam deria dan derita,
Memang itu tuntasnya.

Hari ini,
Aku mengaku,
Aku curang pada alam,
Memilih bilik kaca berdingin hawa,
Sambil tajam memandang keruh sungai kemaman,
Sambil mengulang baca,
Boxara cinta 
Yg aku ukir untk dia.
Tanpa sedar.

Wednesday, March 16, 2016

Terkejar

Lelah mengejar mimpi,
Menukar khayal biar jadi nyata,
Mengubah keringat biar jadi permata.

Bertongkatkan langit,
Aku jadi rebah,
Mencari sudut gagah,
Biar tidak tumpas.
Urat belikat yg disimpul kuat,
Makin terurai,
Digelincir rimas rasa yg terpencil.
Menarik terus, semangat
Hingga derai air mata seperti tidak ad harga,
Menari laju,
Membujuk kalbu.

Ada apa dengan mimpi ini,
Mengapa harus aku mungkiri diri
Janji tinggal coretan bicara bisu di atas kertas kaku.

Rantai yg ku kimpal semalam,
Buat mwngikat mimpi,
Agar tidak lari pergi,
Masih ada,
Tapi jisimnya tidak sama,
Sudah rapuh dimakan emosi,
Yg mwngila sendiri.

Dalam waras ku bisa mwnyusun fikiran,
Ini hanya suratan,
Boleh lagi aku corak, sempat lagi aku canang,
Masih ad ruang untuk digembur sayang.
Sayang... Terlalu sayang,
Detik waras hnaya seketika,
Saat mati bicara,
Saat aku bercanda dlm sepi malam tanpa bulan,
Saat aku mencari telaga ilham, buat mengembur taman impian.

Pada yg Esa aku titip doa,
Semoga warasmu itu sentiasa.


Friday, February 19, 2016

Mengira jejak suku abad

Aku manusia tua, 
Yg suka tiupan seruling mohram,
Asyik dengan lirik m masir,
Kadang2 akulah ajis, aku juga sudin.
Aku manusia tua, 
Tua jiwa.

Tanggalnya hari ini,
Satu tanda dalam loncatan hidupku,
Ketika manusia lain lena diulik mimpi,
Aku masih berteman kelam malam yang terlebih sunyi tika ini,
Di balik kaca bersegi,
Aku menganyam sepi sendiri.
Memerah benak biar berkeringat,
Mengimbal kembali jejak.

Bila dihitung kira, 
Sudah 1/4 dekad aku bernyawa,
Untuk siapa??
Ibu jari ini tega bertanya pada papan kekunci virtual.

Sudah lama aku ikrar,
Hidup ini hamba pada Dia,
Abid didunia, khalifah manusia.
Ikrar oooh ikrar.
Harapku biar terus bernyawa,
Gagah meninggal jejak pada dunia,
Bekal anak cucu nanti,
Biar bukan hanya tinggal nama.


P/s: 19/2 2:15 am sani express jerteh-tbs

Friday, February 5, 2016

Perlu hati.

Pergi dikau, rasa hati
Pusang aku disini.

Dunia tua ini perlukan aku untuk terus hidup, 
Dan aku perlukannya untuk terus bernyawa.

Thursday, February 4, 2016

Tangisan langit

Langit menangis lagi,
Seperti kelmarin tak berhenti.

Derai yg pecah mencium bumi,
Seperti musikal alam,
Berlagu tanpa irama,
Sumbang. Tapi tenang
 
Yang bergelora,
Hanya hati ini,
Yang masih belum melupakan semalam.
Yang masih lemas dalam impian.
Yang masih diselimuti kabus harapan.

Wednesday, February 3, 2016

Setan setan setan

Persetankan semua,
Biat pergi segala rasa..
Hanya aku yg ad.

Ombak

Gulungan ombak memecah pantai,
Penuh setia ,
Tanpa lelah.
Tanpa helah.
Yang ada, hanya fitrah yg terpatri,
Telah ku simpul mati. 
Mati sendiri.

Deru masin menyapa gegendang tuli,
Menghentak hati,
Sampai bila harus begini.

Pasir sudah berubah,
Berlalu pergi,
Dan pantai itu tetap sepi..

Monday, February 1, 2016

Sudah

Bila ku renyng kembali,
Tulisan rasa,
Banyak puisi aku berbicara tentang dia.
Buktinya... Detik ini,
Ketika senang merenung remang senja,
Dia tertuntas di mata.
Lalu... Aku karang seloka ini.
Berkongsi cerita.

Sudah! Cukup sudah.
Berapa kali perlu aku tulis, agar melekat dihati, bukan hanya di kanvas putih ini.

Saturday, January 30, 2016

Sulaman ikrar.

Janji pada diri,
Janji pada hati,
Janji yg tidak ingin ku murkai. 

Biar terang bintang malam ini jadi saksi,
Biar kelam langit malam ini jadi pemerhati,
Biar unggas malam ini jadi bukti. 

Astarfirullahalazim...
Allazilaaailahaillah, huwalhayyumqayyum..
Waatubuillaih.

Astarfirullahalazim...
Allazilaaailahaillah, huwalhayyumqayyum..
Waatubuillaih.

Astarfirullahalazim...
Allazilaaailahaillah, huwalhayyumqayyum..
Waatubuillaih.

Terimalah pinta dan rayu, 
Walau tidak ada bicara, 
Ku tahu kau mengerti apa yg aku rasa,
Setiap bisikan yg mengukir kata,
Kerna hati ini milikmu jua.

Beri aku peluang,
Beri aku ruang,
Agar bisa aku pegang, segala yg aku cuba untuk gengam.
Benih yg aku tanam.

Tolong tuhan... Beri aku peluang bersulam kekuatan.

Saturday, January 23, 2016

Sekali ingin.

Aku ingin sekali, mengukir kata cinta... Biar bahagia.

Aku ingij sekali, mengembur kata hati... Biar subur melata.

Aku ingin sekali, menempik rasa rindu... Biar tahu semua.

Aku ingin sekali, membuka sekam di dada...
Biar lepas belaka.

Aku ingin sekali.
Sekali cuma,
Cukup biar terasa.

Thursday, January 14, 2016

Cukup.

Hujan malam, terus kelam,
Dalam hati ku berbalam.

Puas ku tilik, 
Puas aku korek,
Masih tidak ku mengerti,
Apa mahu diri,
Apa kata hati.

Seperti ada dua jiwa,
Yang sedang memberontak,
Mencari jalan keluar,
Bebas dari diri, yang jadi penjara hati.

Ingin aku padam semua lukisan topeng,
Biar terpanpar hanya, wajah bertaring.
Ingin aku pamer semua yang aku rasa,
Biar, terpias pada semua.
Ingin aku beri peluang, biar mereka mengerti, dan aku tidak berperang sendiri.

Tapi itu hanya inginku,
Gelora yang hanya aku tahu,
Untuk kamu, cukup dengan senyum taringku.
Cukup dengan senyum mata kuyu.
Cukup itu.


Tuesday, January 12, 2016

Surat

Ku utus bicara ini untukmu, jejaka bayangan mimpiku. Pelengkap impian, pemilik hati ini. Walau di mna kau berapa, ku harap kau bahagia, kupinta kita bertemu jua, ku harap akan bersati cinta ini. Agar tidak lagi membuta tanpa arah, tidak lagi terbang tanpa tuju 

Rindu

Aku catit kata rindu
Kata hati aku

Memang bicara ini seperti basi
Apa aku tiada kerja hanya membasir masa mengulang kata cinta pada engkau yg x sedia
Toi selagi tiada hitam putih 
Selagi itu aku mangasih.

Ya Allah jika benar dia untukku. Kau hukakanlah hatihya. Jika tiada jodoh kami kaunpadam namanya dalam hatiku. Agar aku biasa jadi seperti dulu.

Padam biar tidak ada kesan
Padam buar terus tenggelam
Padam biar aku tenang.

Tapi... Detik ini
Aku rindu
Rindu pada esok