Friday, April 23, 2021

karung memori

hari ini aku buka karung memori.
catatan tinggalan kita,
ketika hijau usia.

entah mengapa,
aku tidak mengerti diri,
mengapa mesti terus terusik hati.
bukankah sudah terpatri,
haluan kitq berbeza,
pilihan kita tidak sama.

tidak sanggup ku baca semua,
hanya lintasan nama sahaja,
tetap berjaya membuka cerita.

aku simpati pada diri,
mengapa perlu terus mengingati,
jika meluka diri?
ternyata... itu mainan hati.

aku akan cuba,
hilangkan karung pendora,
biar terus rahsia,
biar terus dilupa. 

No comments:

Post a Comment