Friday, December 30, 2011

satu persoalan

mungkinkah ini titik permulaan
perlukah aku teruskan langkah
mencorak satu kisah yg saban hari berenang-renang dalam kotak fikiran
yg tiap waktu menghuni gelisah
????

bayu

jika aku

bermain-main dalam kotak istana semalam
menari2 dari irama yg tidak sumbang
cuba mencari pembuka bicara
bicara kata cinta.

jika aku saudaranya bayu
senang akau sampaikan salam rindu
berhembus sahaja aku kesana
ke puncak mahkota yg jadi singgahsana
seorang puteri salju yg kedingingan

jika aku sifatnya api
merah api aku nyalakan,
sepaya dapat dilihat mekarnya kasihku
walau dia berada di hujung hemispera

jika semakn banyak jika
yg tidak jadi nyata
jadilah aku
hari ini
memcuba tanpa mengenal titik noktah
menanti tanpa ada jarum masa yg berdetik
agar sampai salam cinta ini

fae-ar_razi

Saturday, December 24, 2011

mencari bicara

aku mengetuk kekunci bisu
dalam kelam musim salju
mencari,
kemana pergi segala untai kata
yg dulu x pernah jemu menghadiriku

aku jadi bisu
tanpa ada yg megerti aku terus
menunjal-nunjal kekunci ini
sepertinya dia mengerti
lafaz tangis jemariku.

andai sampai bisikan ini
tanamkan dalam kotak fikiranmu
aku masih setia disini
menunggu kau hadir, seperti lebatnya empingan salju

fae-ar_razi

Sunday, October 30, 2011

larian tanpa akhir

sekian lama aku berdiam,
senyap di penjuru sudut,
cuba memintal hati yg kian bisu,
hingga tidak terluah rasa,
sakit?
sedih?
atau ria,
aku kurang pasti.

lari,
aku lari,
namun bayangan realiti masih ada,
sedikit-dikit mencari luka,
ditoreh atas parut yg sama.

jika tidak aku rasa hangatnya selimut tebal ini,
kenalkan aku dengan dingin bayu taman,
walau ku tulang hitam terasa,
itu tanda aku ada.
walau lecun melekit keringat mentari,
itu tanda aku jaga.

lari,
terus lari,
mencari.

fae-ar_razi

Monday, January 3, 2011

perjalananku

gersik...
sayu..
laungan takbir suci..menjentik kalbu
aku jadi perindu
menyimpan berjuta rasa sendiri
kerna berkorban itu perlu
untuk aku.

relakah aku...jadi pemusafir yg jaga?
menyempurnakan segala yg perlu,
tanpa paksa

mampukah aku..jadi pemusafir yg satu?
sujud hanya pada kiblatNya..
mati hanya dalam deru namaNya

aku tahu..insan kerdil itu..aku
aku mengerti..kata hina itu..untukku
aku sedar...aku hanya perindu
menanti perjalanan ini menemui perlabuhan abadi..
berlayar aku ...jadi pengemudi
dalam merentas lautan duniawi,
ingin aku seteguh Amar,
menyaksi syahidnya Summayah
demi Akidah.
sesetia As-Sidddiq ,
menahan peritnya bisa,
demi kekasihNya.
sezuhud Az-Zahara ,
menjadi srikandi ummat,
hanya kerana Ya Rabb.
seabdi Rabiatul Adawiyah,
cintanya hanya pada Yang Esa,
sehingga dijanji syurga

dermaga itu jadi saksi....
layakkah aku?
Perhentian terakhir itu penentu...
Jalanku.
Untuk itu..aku terus
Jadi nakhoda...bantera ini
Dengan bekalan kalamNya
Dengan suluhan sunnahnya
Semoga aku mampu....

fae-ar_razi

monolog qalbu

Aku berperasaan itu lagi..
Rasa sebuah kekalahan.....
Rasa sebuah kehampaan.

Puas aku perah benak ini...
Apa mahumu hati?
Sukarkah untuk aku jadi aku?

Tenggang aku lumpuh...
Dimakan masa.
Dicarik rangas dunia.

Tidak!!
Aku bukan islam baka
Yang tinggal hanya nama.
Aku generasi Izzatul Islam
Hati pejuang.
Terlungkup aku...
Celik.
Kecundang aku...
Bangkit.
Kandas aku...
Ghalib.

Ayuh....
Duhai permata bangsa
Dalam kesolideran keadaan yg bersatu
Menjadi soldadu merah...
Kesateria hitam...
Memegang panji-panji islam.
Terus mara...mengait mujahadah.
Buat jadikan selimut aqidah

Ingat!!
janjiNya nyata...
pasti kan direalisasi...

fae-ar_razi