Friday, December 6, 2013

Bumi merah.

Bumi merah.

Tanah ini merah,
Menangis darah.

Tiap tiap sudut penjuru,
Terpalit keringat mereka,
Para syahid dah syahidah yg menanti syurga,

Biar tiada secalit luka pada aku,
Tapi terasa bagai ditusuk,
ditusuk sembilu,
Kerana engkau saudaraku.

Innama mukminun na ikhwati,
Itu janji ku,
Bukan sekadar kalimah,
Tapi  ikrar yg menjarah,
Menghuni salur nadi.
jadi saksi.

Air mata jadi merah,
Air mata jadi darah,
sudah kering kelenjarnya
Menangis hiba,
Merayu,
Berdoa.

Biar semua,
Mereka yg katanya saudara,
Mereka yg katanya satu agama,
Mengangkat tangan,
Berdoa,
unutk Syria,
unutk gaza,
unutk rohingya
unutk semua.

Saudaraku
Mungkin kau jauh beribu batu,
Tp sekali kau tujukan doamu
Poooppp!!!!
Senjatanya ampuh
Membunuh ribuan musuh,
Bukan jasad mereka, tapi jiwa.
Biar memburuk, melumat, Melemah kerna dosanya,
Kerana mereka berani menjentik
Saudara kita.

Penantian mereka sudah lama,
Namun tidak pernah secumit 
hilang rasa yakin
pada DIA,
kerna tanah ini, tanah kita,
Yg benar tetap ad nilainya,

Biar…biar ada yg buta,
Tp jgn kita,
Jgan kita
Kerana syahadah kita sama.

bayu

No comments:

Post a Comment