Sunday, December 9, 2012

hari ini aku membaca status yg sangat panjang,
bercerita tentang cinta mereka,
berkongsi rasa dengan dunia.
sesekali aku ingin menulis semua,
mernggka setiap detik yg berlalu,
supay semuanya terpatri dalam memori abadi,
hidup bersama tulisan yg tidak mati.
bayu

Wednesday, November 21, 2012

hati...
bicaralah!

qalbu...
luahlah!!

jangan biar tersekat
melekat,

bayu

Wednesday, October 24, 2012

setiap kali mencampur bahan dalam kuali, terasa seperti ku lakar warna di atas kanvas putih
bayu

Monday, October 22, 2012

sediri dalam kelam,
ditemani iram 90-an
aku jadi teringat kisah itu,
cerita pohon tanjung dan pohon nyiur

sendiri dalam hagat kotak masa,
diterangi hanya sinar skrin putih,
tajam, merobek mata.

takala aku memetik papan kekunci,
aku menyegerakkan fikiran,
sampai bila aku perlu terus berada dalam kelam,
bermain kata yg tada yg faham,
menyusun cerita duka hingga bernanah luka.

sampai bla?

bayu

Wednesday, October 17, 2012

cukup!
cukup sudah aku menangung rindu,
mengingati pada yg x sudi

bayu

Saturday, October 6, 2012

dia tak perlu aku,
aku tak perlu dia,
hanya Allah yang kami damba. 

bayu
berakhir sudah
penantian ini

sudah terpatri
akhrinya
penuh duka

memang tertulis sudah
kau untuk dia
aku kau bekal dgn derita
satu penantian yg tiada perlabuhan

bayu
detik- detik nadi memenuhi ruang,
empat segi bilik ini terasa mati walau tidak pernah bernyawa,
sepi diselimuti kesibukannya.

dalam hening hari ini,
aku jadu saksi,
wajah-wajah lesu yg bisu,
berbicara hanya dr riak mata.

dari jendela iris,
aku cuba selami mereka,
merasa tiap titik bisa yg menjalar,
menjajah tiap salur sendi,
mencalar tiap salur nadi,
tanpa mereka rela. 

bayu
mungkinkah ini yang terakhir kali,
getaran bisikan hati,
bagai ombak bergelodak membasuh pergi sebuah cerita,
cerita bertina pena derita.

 puas aku perah,
lelah aku asah,
namun bicaraku masih tumpul,
menyusun lagu tidak bernada.

seketul daging merah yg mengepam segala resah,
dipukul...dipalu gelisah,
nanum tebalnya bebal,
tak ingin beralih sedar.

duhai diri,
tataplah wajahmu dalam biasan itu.


bayu

Sunday, September 16, 2012

tiada rasa

masih mengutip aku
kerikil jalanan
buat tembok atma mater


masih menjaring aku,
debu2 bahagia,
buat bekal lusa.

masih menanti aku,
terbuka pintu.


bayu

Thursday, September 13, 2012

resah

gelodak hati membuak,
ke kiri lemas, ke kanan gundah,
ingin aku cuba berkongsi rasa,
tp pada siapa?

saat begini,
diri aku seperti cakera keras yg disinggah ulat elekronik,
terpaku semua kerja jadi kelu.


bayu

Sunday, September 9, 2012

rindu

aku rindu pada dia
masa laluku.
aku rindu pada dia,
detik dulu.
aku rindu pada dia,
kisah itu.

bila berdua dengan secanggkir kopi,
di tepi tingkap,
di hujan hari.

terkenang aku
kisah kita.
di bawah pohon nyiur,
di bawah pohon tanjung.
bercerita tanpa perlu
tapi ada kamu.

aarrgghh!!!
aku rindu

bayu

Saturday, July 21, 2012

terasa diri tidak bererti,
melihat aku masih disini,
merangkak menyusun kata,
sedangkan dia suda berdansa lengkap di pentas arena

cemburu mencuit hati,
tiadakah yg sudi
membaca cerita hati,
mendengar memahami.

resah bercampur gelisah
bersimpul piul
di benak dan di dada,
memenuhi tiap titik rongga,
mengempis diri,mengecut keluar
biar kosang hati,
kosong dir,
tanpa rasa kelat basi.

bayu

Tuesday, June 26, 2012

setiap kali aku menyusun kata,
sentiasa disaluti rasa,
kerna aku kira, emosi ini yg membalun kotak ilhamku,
mengarah neuron jejamri menaridi atas papan kekunci.

aku cuba,
cuba berbahasa supaya ada yg trasa,
namun tiada yg mngerti,
kerana sumbang kata,
atau labuh hijab yg dihulur?

bercampur baur,
kelat, manis senyumku
gersik,nyaring tawa,
menjadi topng bicara,

aku tidak mengerti...
apa yg diri ini mimpikan,
kadang-kala merengas lidah ingin bercereka,
alter ego pula egoism ,sentiasa jadi juara.
inilah rupa manusia.

buat kamu diluar sana,
mengerikan akan bicara?
ini aku atau dia?
mungkin juga mereka.

bayu

Sunday, June 17, 2012

dunia

aku dan dunia,
seperti fitri dan fitrah,
x dapat dipisah.

mengapa aku selemah ini,
kalah dengan diri,
aku yg membentuknya..
bukan dia yg membentukku.



bayu

Sunday, June 10, 2012

saban hari yg berlalu,
aku cuba catit sejarah hari ini untuk aku
aku cuba ubah puisi rasa
buat penyedap cerita kita.
cerita aku.

bayu

Monday, June 4, 2012

hujung cahaya

satu rasa
buat aku gelisah,
mencari bilah pintu
untuk aku pergi
jauh.
jauh kehujung cahaya
membawa bersama ruh tulah
melarat,
merempat.


bayu

Saturday, June 2, 2012

memorabilia

terus aku mencalit perjalanan ini,
meninggalkan titik-titik memori,
jadi rantai semalam dan hari ini.

seperti kisah paling agung,
aku ingin lampiaskan segala yg aku kandung
yg aku junjung.biar terbuka segala sekam,
agar udara bisa menyelit,
sambil membasuh pergi segala luka,
untuk aku terus gagah berdiri.

memorabilia yg penuh makna,
kelmarin engkaulah nira kelapa mawar,
melekat legit di kerongkong.
semalam kau belati berbisa,
memnebas tanpa belas.
hari ini tiada sutera selembut dirimu
membuai aku dalam endul kenangan.
esok??
masih menunggu.

hidup aku hari ini,
untuk esok.

biar terus terukir,
tiap jejak yg aku langkah.
biar ditiup terus.
tiap kata yg aku lafas..
biar.
biar.
biar tersergam memorabilia kenangan.


bayu

Monday, May 28, 2012

bulat

dalam bulatan akau berlari..
berlari mengjar bayang sendiri,
dalam bulatan aku menanti,
menanti mentari kan muncul lagi.
dalam bulatan aku menyanyi,
menyanyi lagu puisi.
bulatan yang tiada segi,
tidak tajam, mencengkam.
tapi halus menghiris.
bulatan yang punya simitri infiniti,
merahsiakan terus rasa hati,
memerangkap mengunci,
tiada ruang lolos untuk aku,
kerna garisnya sempurna.
aku masih dalam relung.
menungu penuh sabar,
biar dimakan anai-anai,
atau disalai mentari,
aku rela.
andai pergi aku dari sangkar..
biar bebas terbang tinggi.

bayu biru

Tuesday, May 8, 2012

berat rasa memenuhi dada, aku cuba hembus pergi, tapi melekat terus dihati. berbalam dengan realiti, bersoal aku dgn hati, terus memujuk sekeping hati agar tidak pernah lupa masih ada cinta yg berbaki. bayu

Thursday, April 12, 2012

love..

i do love you,
please get back here, and write for me,
this wall missing you,


bayu

Monday, February 20, 2012

canggkir memori

secanggkir kopi hitam,
dalam dingin malam,
mengamit memori semalam.

sesekali aku hirup aromanya,
memberkas didada,
penuh dengan rasa.
rasa manis ubi kayu musim bah,
rasa lemak lemping pisang,
rasa manis gula tebu,
bagai bermain di seriaku.

aku sisip lagi,air hitam itu,
sebu rasa hati.
penuh dengan kisah semalam,
yg sabab hari memenuhi khutub kanah kalbu,
dengan jalinan emosi.

bagi aku,
hitam air ini bukan kopi,
tapi pita rakaman hati,
memerangkap tiap getar rasa,
lantas dikunci mati dalam aromanya,
setiap kali terlihat,
emosiku tersentap.

canggkir memori itu,
masih ada mengukir hari ini,
untuk esokku,

canggkir memori itu,
masih ada,
malar segar senantiasa,
untuk aku titp setiap rasa.

bayu

Thursday, February 16, 2012

kata mereka

kata mereka,
malam ini tiada yg istimewa,
langitnya tetap kelam,
isinya kekal terpendam,
terus menjadi misteri walau diteropong, dikaji.

kata mereka,
hari ini seperti biasa,
masih ada mentari,
kadang-kadang bayu menempel memgirim khabar
adakala mendung singgah membawa gerimis.

tapi itu kata mereka,
kata dr mata,
kata dari deria yg tiada rasa.

kata aku,
malam sentiasa istimewa,
walau gelita x bermata,
namun nilainya ada,
biar gelap x berpurnama,
akan aku isi dengan bilah kata.
biar misteri x terungkai,
akan aku buka simpulannya.

kata aku,
hari ini sentiasa berbeza,
mentari terus ceria,
tanpa lelah membajai dunia,
memberi aku ruang unutk menatap indahnya alam,
beri aku kesempatan menilai sentuhanmu bayu.

ini kata aku..
kata hati
yg aku ukir disini.

bayu

Tuesday, February 14, 2012

mencari erti...

bersama gersik fajar,
cuba aku cari erti,
kisah ini.

satu simbiosis tanpa nama,
dirantai dengan jalinan yg tak diminta,
diikat dgn tali sujana,
yg ditakdir fitrahnya,
terpatri mati.

walau dari ceruk penjuru yg berbeda,
berjumpa atas tujuan yg sama,
bertemu,berkasih,berukhwah,bercinta.

dari bandar rusa beku di utara,
bertemu srikandi selatan.
dari petak merah yg bisu,
atau bandar malam yg tidak pernah kelam,
berterbanganlah unggas merentas batasan,
membawa khabar indah untuk semua.

adat fatamorgana dunia,
hadir malam,
perginya siang.
putik pertemuan,
bunganya perpisahan.

perpisahan yang terukir tiada erti,
kerna pasti bertemu lagi,
bukakan kita sudah bersumpah, berjanji!
jalan ini akan terus kita harungi...

berjumpa nanti dijannah yg abadi,
insyaAllah.


bayu

Monday, February 13, 2012

corak rasa

mencorak kanvas digital dngan digit rasa
masih dalam ekpidisi mncari harga diri
rendah diri..kadang kala menyempit hati.. sehingga aku seperti tidak lagi punya erti
terus menurus..aku melihat di hujung waktu,
mungkinkah kan tiba waktu... dtik aku
tersenyum dgn tingkah ku..

bayu

teriak sepi

sediri,
dalam ruang 4 segi,
kedengaran hanya siulan angin malam,
dari celah dedaun beku,
yg membuat hati ini bergetar,
rindu.

pundak memberat,
bagai diikat simpul.
sukmaku meraung,
mencari tabuk kaca.
jemariku laju,
mengukir bahasa.

ya Al-Basit, Al-Wakil, Al-Shomad.
dengarlah jeritan naluri ini,
mendayu...merayu,
menangih kuntuman belas dari-Mu,
biar mekar disirami mentari iman,
biar subur digembur pupuk ihsan,
biar gagah umpama bahadur akidah.

terselindung dibalik tirai kelam berbunga bintang,
aku masih setia,
menunggu esok akan terus berwarna.

bayu

Friday, January 27, 2012

mimpi musafir

lemas , aku rimas
seperti rambut yg ditarik-tarik,
aku jadi serik.

mahalnya satu impian,
berkurun dipupuk,
digembur biar subur,
diairi dengan keringat yg asin,
agar terus subur,
menghijau dengan bunga-bunga pelangi,
buat bekal sang musafir.



bayu

Tuesday, January 24, 2012

singgahsana cinta

dirimu umpama mentari,
di dalm musim dingin ini,
hadir seperti memberi harpan
namum tinggal impian,
segagah mana kau memancar,
aku masih aku disini, kedinginan,
merentasi gunung salju yg memutih, seperti empingan.

saat bicara, tiada lawannya
kaulah kesatria berbaju merah, sumpah setia bagi pemanis bicara
menanam impian, dalam landang yg ketandusan.

engkaulah fatamorgana,
bayng pada pandangan,

minggir, jauh dari diri,
jauh dari hati,

biar kekosongan ini aku isi,
dengan pancaran yg lebih bercahaya,
dengan sinar yg hangat dari biasa,
dengan bicara yg tidak pernah lelah,
dengan cinta yg tidak pernah kalah,

cinta abadi,
cinta sejati
yg tahtanya-Nya...
di singgasana baldu.



bayu

Saturday, January 21, 2012

luahan resah

dingin diselimuti salju,
tidak sedingin kalbu.

hangat disirami mentari,
tidak sehangat rindu.

dalam senyap malam, hati ini terasa kempunan,
teriak ,
biar seluruh alam jadi sajksi..
resah, hati ini biar terbongkar,
merembes keluar lahar-lahar yg menghimpit peparuku
lemas...lemas..lemas...

selama ini, aku pendam,
selama ini aku genggam,
nipis kulit ini jadi bebal,
menahan...bertahan...tertahan

aku tarikh satu nafas,
dalam.
aku lepas perlahan dengan beban,
biar pergi dalam angin, segala resah,
segala gundah.

lantas rongga kosong itu, ingin aku isi,
dengan kantungan calitan memori
penuh warna,
penuh duri.

bayu

Monday, January 16, 2012

lara

bayu masih ada.. menghempas lara
selebat ribut, ia memutar-mutar rasa
mengbuat setiap langkah jadi sumbang
setiap kata jadi tidak berirama

bayu

Friday, January 13, 2012

coretan kaki

melangkah aku
mengheret kaki dan hati,
meninggal kisah2 semalam
kisah yg tercoret oleh derap langkahku

masa sendiri yg aku ada,
buat aku jadi ahli falsafah baru,
memikir hari esok yg misteri
untuk siapa??
untuk aku.
untuk dia,
untuk semua.

aku masih keliru, dengan denai yg satu,
namun sekali aku melangkakh, tidak aku mengalah
biar berduri,
biar mengunung perlu aku daki,
sekali terpatri kata jannji,
aku akakn terus gagah menghayung gerak langkah
, menghunus rentak tari, aku terus aku maju...
mendekati, penakhiran yg aku pilih

bayu